POLISI BILIK SERVER
TUJUAN
Polisi ini diwujudkan bagi menetapkan peraturan dan prosedur akses ke Bilik Server, Unit Teknologi Maklumat, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung.
SKOP
Bilik Server merupakan kawasan akses yang terhad. Kebenaran hanya diberikan kepada Pegawai ICT, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan Juruteknik Komputer yang memerlukan akses berterusan atau kerap menggunakan Bilik Server.
Kakitangan, pihak pembekal atau pelawat dikehendaki mengisi Borang Permohonan Akses Bilik Server bagi mendapatkan akses ke Bilik Server dan permohonan tersebut perlu mendapatkan kelulusan dari Pentadbir Bilik Server.
Pegawai ICT, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat atau Juruteknik Komputer mesti menemani kakitangan, pihak pembekal atau pelawat yang mengunjungi Bilik Server setiap masa.
PERATURAN BILIK SERVER
-
Dilarang memasuki Bilik Server tanpa kebenaran.
-
Setiap individu atau pihak pembekal yang ingin menggunakan Bilik Server hendaklah mencatatkan maklumat diri di dalam buku log penggunaan Bilik Server.
-
Dilarang menggunakan server atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang tanpa kebenaran supaya operasi tidak terganggu.
-
Dilarang membuka atau mengalihkan perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan dari Pegawai ICT, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat atau Juruteknik Komputer untuk mengelakkan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian.
-
Dilarang mengalih atau memindahkan segala peralatan dan perkakasan dalam Bilik Server tanpa kebenaran.
-
Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilk Server supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku.
-
Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakkan terlampau panas.
PENGUATKUASAAN
Individu yang memerlukan akses ke Bilik Server haruslah mematuhi polisi yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan Bilik Server.